Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Lihat peta lokasi di Google Maps. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).
Perlis terdiri daripada tiga jajahan iaitu [perlu rujukan]:-
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Manakala pada tahun 2010 pula, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama, seperti 87.9% Muslim, 10.0% Buddha, 0.8% Hindu, 0.6% Kristian, 0.2% Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3% yang menganut lain-lain agama dan 0.2% pula tidak mempunyai agama.
Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.
Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).
Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi PerlisPerlis terdiri daripada tiga jajahan iaitu [perlu rujukan]:-
- Arau اراو
- Kangar كاڠر
- Padang Besar ڨادڠ بسر
- Arau اراو
- Kangar كاڠر
- Kuala Perlis كوالا ڨرليس
- Padang Besar ڨادڠ بسر
- Simpang Empat سيمڨڠ امڨت
- Wang Kelian واڠ كليان
- Kaki Bukit كاكي بوكيت
- Kuala Sanglang كوالا سڠلڠ
- Mata Ayer مات اير
- Beseri بسري
- Pauh ڨاوه
- Chuping چوڨيڠ
- Jejawi ججاوي
- Kayang كايڠ
- Kechor كچور
- Ngulang ڠولڠ
- Sena سنا
- Seriab سرياب
- Bintong بنتوڠ
- Paya ڨاي
- Oran اورن
- Abi ابي
- Padang Pauh ڨادڠ ڨاوه
- Titi Tinggiتيتي تيڠڬي
- Utan Aji اوتن اجي
- Kurong Anai كوروڠ اناي
- Santan
Asal-usul nama negeri Perlis
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-- Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
- Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
- Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
- Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
- Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Sejarah Negeri Perlis
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Demografi
Komposisi etnik pada tahun 2000 di Malaysia adalah seperti berikut: Melayu (174,805 atau 79.74%), Cina (21,058 atau 9.6%), India (2,658 atau 1.21%) dan lain-lain (20,690 atau 9.45%).Manakala pada tahun 2010 pula, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama, seperti 87.9% Muslim, 10.0% Buddha, 0.8% Hindu, 0.6% Kristian, 0.2% Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3% yang menganut lain-lain agama dan 0.2% pula tidak mempunyai agama.
Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri PerlisEkonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.
Kebudayaan
Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.
Mukim
- Mukim Abi
- Mukim Arau
- Mukim Beseri
- Mukim Chuping
- Mukim Utan Aji
- Mukim Jejawi
- Mukim Kayang
- Mukim Kechor
- Mukim Kuala Perlis
- Mukim Kurong Anai
- Mukim Kurong Batang
- Mukim Ngulang
- Mukim Oran
- Mukim Padang Pauh
- Mukim Padang Siding
- Mukim Paya
- Mukim Sanglang
- Mukim Sena
- Mukim Seriab
- Mukim Sungai Adam
- Mukim Titi Tinggi
- Mukim Wang Bintong
- Bandar Arau
- Bandar Kangar
- Pekan Kuala Perlis
- Pekan Kaki Bukit
Ulasan
Catat Ulasan