Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre)
pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai
pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.
Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum Kedayan ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau LOFSA).
Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.
Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi Pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.akan menjadi bandar raya.
Berikut senarai para pentadbir di Labuan:
Gabenor
27 Nov 1847 - Nov 1852 James Brooke (b. 1803 - d. 1868)
1852 - 1856 Spenser St. John (b. 1825 - d. 1910)
Leftenan Gabenor (pemangku tugas Gabenor)
1848 - 1850 William Napier
1850 - 1856 John Scott (b. 1814 - d. 1898)
Gabenor
1856 - 1861 George Warren Edwards
1861 - 1866 Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (b. c.1830 - d. 1881)
1866 - 1867 Hugh Low (b. 1824 - d. 1905)
1867 - 1871 John Pope Hennessy (b. 1834 - d. 1891)
1871 - 1875 Henry Ernest Gascoyne Bulwer (b. 1836 - d. 1914)
9 Aug 1875 - 1879 Herbert Taylor Ussher (b. 1836 - d. 1880)
1879 - 1881 Charles Cameron Lees (b. 1837 - d. 1898)
1881 - 1888 Peter Leys
1888 - 1890 Arthur Shirley Hamilton
1890 - 1906 Gabenor Borneo Utara
1906 - 1946 Gabenor Negeri-negeri Selat
Timbalan Gabenor
1906 - 1946 Residen British di Brunei
Residen British
1907 - 19.. M.S.H. McArthur
Feb 1917 - 1918 Geoffrey Edmund Cator (b. 1884 - d. 1973)
1918 - 1934 ....
1934 - 1936 A.D. York (b. 1907)
1936 - 1940 ....
1940 - 3 Jan 1942 A.H.P. Humphrey (b. 1911)
Komander Jepun
3 Jan 1942 - Mar 1945 ....
Mar 1945 - 10 Jun 1945 Hichiro Okuyama
British Residents
1945 - 16 Sep 1963 ....
Pengerusi Perbadanan Labuan
2001 - 2003 Dato' Othman Mohd Rijal (b. 1945)
2003 - 2008 Dato' Suhaili Abdul Rahman (b. 1961)
2008 - 2011 Datuk Ahmad Phesal Talib
2011 - 2013 Datuk Yusof Mahal
2013 - sekarang YB roszman Datuk Haji Isli

Sejarah

Politik

Geografi
Kampung
- Sungai Labu
- Batu Arang
- Batu Manikar
- Layang-Layangan
- Lubok Temiang
- Rancha-Rancha
- Nagalang
- Sungai Lada
- Kerupang
- Lajau
- Tanjung Kubong
- Pantai
- Membedai
- Tanjung Aru
- Tanjung Aru Nelayan
- Durian Tunjung
- Sungai Pagar
- Sungai Miri
- Gersik Saguking
- Ganggarak
- Bukit Kuda
- Bukit Kalam
- Sungai Bedaun
- Kiamsam
- Bebuloh
- Pohon Batu
- Patau-patau
- Sungai Kaling
- Kilan
- Merinding
- kampung jawa
Ekonomi
Senarai hitam syurga cukai OECD
Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia perbankan". Selain Malaysia, OECD juga menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari kemudian.[2]Demografi
Budaya
- Awu=ya
- ani=ini
- atu=itu
- kita=awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua atau dihormati)
- batah=lama
- tah=lah
- mun=kalau
- basar=besar
- damit=kecil
- aing=air
- karang=nanti
- bisai=cantik
- ia=dia
- mulih=pulang
- mengatil=mengacau
- antah=entah
- nda=tidak
- majal=paksa
- karit=kedekut
Darjah Kebesaran
Mulai tahun 2008, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan (Wilayah Persekutuan) sempena Hari Wilayah Persekutuan. Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah ini mempunyai 7 pangkat iaitu:- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk
- Johan Mahkota Wilayah (JMW)
- Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)
- Ahli Mahkota Wilayah (AMW)
- Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPMW)
Ulasan
Catat Ulasan